Kalau sebut tentang lipas pasti ramai yang akan geli dengan haiwan jenis ini. Yela, mana tak gelinya lipas ni kan suka berada di kawasan yang kotor, lembap dan terselindung.

Haa jom kita tengok antara petua untuk halau lipas supaya tak kacau ketenteraman anda.

PETUA #1

  • Ambil sabun buku yang wangi (tak kisah jenama apa, janji wangi)
  • Potong kecil-kecil (lagi kecil lagi bagus)
  • Masukkan ke dalam laci atau bekas yang dirasakan lipas akan bertapa dalam tu

PETUA #2

  • Ambil hujung timun dan pangkalnya
  • Letakkan di tempat yang banyak lipas

** Selain timun, anda juga boleh menggunakan lemon sebagai jalan alternatif. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan itu.

PETUA #3

  • Letakkan kapur barus di tempat yang selalu banyak lipas

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Petuatradisional

Komen dgn Fesbuk

komen