Entri sebelum ini Abang Brian ada kongsikan resipi Creamy Butter Prawns kan? Haa pada kali ini, Abang Brian nak kongsikan resipi Ikan Siakap Kukus pula. 

Apa yang penting, semua resipi yang dikongsikan dalam abangbrian.com adalah HALAL. Kepada anda yang ingin mengetahui serba sedikit tentang adat resam makanan masyarakat Cina menjelang Tahun Baru Cina, Abang Brian akan kongsikan sedikit info. 

Untuk pengetahu anda, bagi masyarakat Cina, ikan merupakan ramuan penting sepanjang sambutan tahun baru bahkan ikan juga harus disimpan di dalam peti sejuk menjelang Tahun Baru Cina. 

Bukan itu sahaja, sebutan ‘ikan’ dalam bahasa Cina adalah ‘YU’ yang membawa makna LEBIHAN. Ia seakan-akan membawa maksud ‘semoga ada lebihnya setiap tahun’.

Okay, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan Ikan Siakap Kukus.

Bahanyang diperlukan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 inci halia muda – potong memanjang
  • 2-3 tangkai daun bawang – potong memanjang
  • Sedikit daun ketumbar
  • Cili
  • 1 inchi halia, dihiris nipis
  • 2 sb minyak bijian

Bahan sos:

  • 4 sb kicap cair
  • 2 sb minyak masak
  • 1/4 sk minyak bijan
  • Lada sulah, secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan. Sumbatkan dengan halia dan daun bawang.
  2. Titiskan minyak bijian secukupnya dan kukuskan untuk 18minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya
  3. Dalam periuk kecil atau kuali, panaskan minyak bijian dan minyak biasa.
  4. Keluarkan ikan yang telah dikukus, taburkan halia, cili dan daun ketumbar.
  5. Curahkan minyak panas atas halia, cili dan daun ketumbar dan seluruh permukaan ikan yang telah dikukus.
  6. Curahkan kicap cair dan perasakan dengan lada secukupnya.

Komen dgn Fesbuk

komen