Resipi Kuih Tradisional : ABOK-ABOK
Entri kali ini Abang Brian nak kongsikan satu resipi kuih tradisional yang menggunakan daun pisang iaitu ABOK-ABOK. Dengan lemak kemanisan dan teksturnya yang lembut itu pasti membuatkan si pemakan seakan-akan diawan, chewahhh!
Daun pisang juga memainkan peranan bagi menaikkan selera makan dengan baunya yang harum itu. Haa lepas pada ini, tak perlulah anda beli kuih abok-abok diluar sebab anda sendiri pun boleh membuatkan terus dari rumah anda.
Jom kita semak bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.
Bahan-bahannya:
- 1 cawan sagu biji (cuci dan toskan, dibiarkan 20min)
- 1 cawan kelapa parut muda, dicampurkan dengan 1 sudu kecil garam
- Gula melaka, secukupnya diparut
- Daun pisang, secukupnya
Cara penyediaan:
- Panaskan periuk untuk mengukus
- Sementara itu, buatkan kelongsong daun pisang seperti yang ditunjukkan dalam video.
- Kemudian, isikan 1/2 kelongsong daun pisang dengan sagu, ratakan.
- Tabur gula melaka dan kemudian isikan lagi 1/2 kelongsong daun pisang dengan kelapa parut (Pastikan tidak penuh sangat, tinggalkan tempat untuk melipat dan menutup kelongsong daun pisang)
- Kemudian tutupkan dengan lidi. Kukuslah selama 30min atau sehingga sagu masak.