Entri kali ini Abang Brian nak berkongsi satu resipi yang sangat mudah untuk dilakukan. Mungkin ada sesetengah netizen sudah tahu membuatnya tapi macam mana pula dengan individu yang baru sahaja hendak belajar?

Santapan minum petang yang selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia iaitu CUCUR UDANG! Paling sedap apabila ia dicicah bersama kuah merah yang menyala tu!

Okaylah, jom kita lihat antara bahan yang diperlukan dan cara membuatnya:

Bahan-bahannya:

  • 500gm tepung gandum
  • 200g udang
  • 1 biji telur
  • Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 200gm taugeh
  • 1 pokok kucai
  • 1 lobak merah, dihiris
  • 2 biji cili merah | dihiris nipis
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

  1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan.
  2. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran serta udang. 
  3. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak (pada suhu 175C). Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
  4. Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
  5. Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

Komen dgn Fesbuk

komen