Terdapat sesetengah individu sering lambat mengambil sarapan pagi kerana mereka tidak biasa mengisi perut di pagi hari. Padahal sarapan adalah perkara utama yang perlu dilakukan pada setiap pagi.

Ini 5 fakta yang perlu kamu tahu jika kamu sering melewatkan pengambilan sarapan pagi.

  • Sarapan membantu menurunkan berat badan

Sebenarnya orang yang melewatkan pengambilan sarapan pagi memiliki 50% kemungkinan untuk mengalami overweight. Keadaan ini disebabkan mereka akan makan lebih banyak ketika makan tengah hari.

  • Sarapan mampu mengaktifkan metabolisme

Ketika bangun tidur, kadar gula dalam darah akan menurun. Jika kamu mengambil sarapan, tubuh akan mendapatkan nutrisi dan karbohidrat untuk meningkatkan kembali kadar gula dalam tubuh.

  • Sarapan meningkatkan kecerdasan otak

Sarapan akan meningkatkan tahap konsentrasi, memori dan kemampuan mental yang lain.

  • Sarapan akan menurunkan risiko makan berlebihan

Sekiranya kamu bersarapan, kamu tidak akan cepat lapar dan tidak akan makan secara berlebihan ketika makan tengah hari.

  • Sarapan mampu meningkatkan kesihatan jantung

Mengambil sarapan dengan menu yang sihat akan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah. Jadi, ia merupakan alasan kukuh mengapa pengambilan sarapan membuatkan kamu terhindar daripada risiko penyakit jantung.

Sumber : Remaja

Komen dgn Fesbuk

komen