Kepada anda yang sukakan makanan NASI AYAM HAINAN, inilah masanya Abang Brian nak kongsikan resipi ini untuk anda semua.

Siapa kata bila nak makan Nasi Ayam Hainan je kena makan dekat luar? Anda juga boleh membuatnya terus dari rumah anda. Lagi jimat dan lagi puas hati!

Okay jom kita lihat antara bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan untuk AYAM:

  • 1 ayam ( lebih kurang 1.5kg), dibersihkan
  • 2 inci halia, dititik
  • 6 daun bawang
  • Stok ayam buatan sendiri secukupnya (untuk resipi lihat resipi stok ayam buatan sendiri di Resipi Halal : Kiub Stok Ayam Homemade)
  • 5 daun pandan, dibersihkan dan diikat
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 akar ketumbar

Bahan yang diperlukan untuk SOS:

  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar stok ayam
  • 3 sudu kecil minyak bijian
  • 3 sudu kecil minyak bawang putih dan bawang merah

Bahan yang diperlukan untuk NASI:

  • 3 cawan beras
  • 5 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 4 bawang merah, dicincang
  • 4.5 cawan stok ayam
  • 5 daun pandan
  • 1 inci halia, dititik
  • 1 sudu besar minyak bawang putih & bawang merah
  • 70g lemak ayam
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaannya untuk AYAM:

  1. Masukkan sumbatkan ayam dengan halia, daun bawang dan 2 daun pandan. ikatkan.
  2. Masukkan Kesemua bahan lain dalam periuk yang besar dan masukkan ayam. pastikan campuran cecair menutupi ayam, kalau tak, tambahkan air sikit.
  3. Buka api dan biarkan mendidih dengan bahagian dada ayam menhadap bahagian bawah periuk. Biar mendidih untuk 30 min, tutupkan api dan tutupkan periuk dan biarkan utk 45 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.

Cara penyediaannya untuk NASI:

  1. Dalam periuk nasi, tumiskan bawang putih, bawang merah dan lemak ayam (atau kulit ayam) sehingga naik bau.
  2. Masukkan nasi dan gaul mesra.
  3. Masukkan kesemua bahan lain dan masak seperti nasi biasa.

Komen dgn Fesbuk

komen