Biasanya selepas kita makan sesuatu yang sedap seperti tempoyak atau gulai, pasti tangan berbau. Puas basuh guna sabun, baunya tetap ada. Takkan nak makan guna sudu kan? Tak feel rasa makanan tu.

Ada antara kita yang membersihkan tangan dengan sabun, kemudian pakai pula losen untuk menghilangkan bau hamis itu. Masih juga sama, kesan bau itu tetap bersisa.

Jom kita lihat antara 5 bahan semulajadi yang anda boleh gunakan untuk menghilangkan bau yang tidak enak itu.

  • GULA

Ambil satu sudu teh gula dan gosokkan pada tangan selama 2-3 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Bukan saja bau hamis hilang, bahkan tangan tapak tangan juga akan terasa lebih lembut.

  • LIMAU

Ambil potongan limau nipis atau lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada tangan selepas dibersihkan dengan sabun. Kemudian dibilas dengan air bersih seperti biasa.

  • CUKA

Gunakan hanya 1-2 sudu besar cuka dan gosok pada tangan. Urut lembut tangan dan kemudian dibilas. Selepas itu, cucilah tangan dengan sabun seperti biasa.

  • GARAM

Sama seperti gula, ambil sedikit garam dan gosokkan pada tangan umpama menggunakan skrub. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air.

  • DAUN SELASIH

Basahkan sedikit tangan dan gosokkan daun selasih pada tangan. Pastikan setiap bahagian yang hendak dibersihkan digosok dengan daun selasih. Selepas itu, bolehlah dibersihkan dengan air.

Haa amacam? Senang sahajakan? Lepas ini sudah tidak perlu risau tentang makanan yang anda ingin makan. Selamat mencuba!

Sumber : Rapi

Komen dgn Fesbuk

komen