Siapa sahaja yang tidak suka dengan KUIH MELAKA kan? Abang Brian memang sangat suka especially bila pergi bazaar Ramadhan mesti Abang Brian akan cari kuih ini.

Haa disebabkan Abang Brian terlampau sukakan kuih ini, jadi Abang Brian pun belajar buat sendiri. Lagi puas hati! Kali ini Abang Brian nak kongsikan dengan anda pula resipi KUIH MELAKA dari Abang Brian.

Jom kita lihat antara bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Senang sahaja!

Bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 5 helai daun pandan, dikisar dengan 1/2 cawan air + 1 sudu besar santan
  • Gula melaka secukupnya, diparut
  • Kelapa muda putih, diparut
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Campurkan tepung bersama dengan air kisaran pandan.
  2. Uli sehingga doh terbentuk. Kalau kering sangat tambahkan air dan sebaliknya kalau basah sangat tambahkan tepung pulut. (perhatikan konsistensi doh dalam video)
  3. Buatkan bebola kecil dan tekankan bahagian tengah.
  4. Isikan bahagian tengah dengan gula melaka, tutupkan dan gulingkan sehingga kembali ke bentuk bulat.
  5. Masak dalam air mendidih sehingga terapung. (Teka-teki boleh kongsi dengan anak – “dalam banyak -banyak buah, buah mana terapung bila masak? buah melaka/onde-onde!”
  6. Salutkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.

Komen dgn Fesbuk

komen