Tahun Baru Cina baru sahaja beberapa hari berlalu. Pasti kepala anda terbayangkan masakan-masakan popular Cina sepeti AYAM SWEET SOUR yang tentunya membuatkan anda terliur. Nak memasak tapi takut leceh? Jangan risau, kali ini Abang Brian nak kongsikan resepi AYAM SWEET SOUR yang mudah untuk anda.

Apa bahan yang diperlukan? Bagaimana cara membuatnya? Jom kita lihat!

Bahan yang diperlukan:

  • 4 drumstick ayam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Segenggam cebisan kerepek (boleh juga gunakan serbuk roti)
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu besar minyak
  • 1/2 lada benggala, dipotong dadu
  • 1/2 lada benggala hijau, dipotong dadu
  • 4 sudu kecil tepung jagung dilarut dalam 5 sudu kecil air
  • 100g nenas dipotong dadu
  • 3 sudu besar gula perang
  • 3 sudu besar cuka
  • 1/4 cawan stok ayam buatan sendiri
  • Garam dan lada hitam secukupnya

Cara membuatnya: 

  1. Salutkan drumstick ayam dengan tepung, kemudian telur dan cebisan kerepek.
  2. Goreng dalam minyak panas secukupnya pada suhu 175C sehingga masak sepenuhnya dan kuning keemasan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak, tumiskan lada benggala dan masukkan kesemua bahan lain kecuali tepung jagung.
  4. Biarkan campuran bahan tadi mereneh sehingga sayuran dan nenas cukup lembut. Masukkan campuran tepung jagung dan panaskan sehingga memekat.
  5. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya
  6. Masukkan kembali ayam yang telah digoreng dan salutkan dengan sos sweet sour.

Selamat mencuba!

 

Komen dgn Fesbuk

komen