Tiba-tiba anak anda meminta anda membuatkannya spagetti. Melihat ke rak dapur, tiada sos siap sedia spagetti yang ada. Haa. Apa kata anda cuba membuat sendiri sos spagetti itu? Kali ini Abang Brian akan kongsikan resepi untuk membuat sos bolognaise yang mudah dan cepat.

Jom tengok apakah bahan yang digunakan dan bagaimana caranya membuat Sos Bolognaise Mudah ini.

Bahan yang diperlukan: 

  • Bahan Tumis
  • 3 biji bawang, dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 3 lobak merah, dipotong dadu
  • 3 daun saderi, dipotong dadu
  • 5 helai cili kering, direndam 10 minit
  • 1 tangkai kulit kayu manis
  • 2 keping beef bacon (optional), dipotong kecil
  • 500g daging lembu cincang

Cara membuatnya: 

  1. Tumiskan semua bahan tumis sehingga sayuran lembut. (gunakan api yang rendah)
  2. Masukkan daging lembu dan masak sehingga kering
  3. Masukkan kesemua bahan lain dan biarkan ia mereneh untuk 1 jam. (jaga api dan gaulkan setiap 15 min) atau anda juga boleh gunakan periuk tekanan tinggi dan masak untuk 20 min.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen