Kali ini, Abang Brian nak kongsikan resepi Acar Ikan pulak. Eh jangan risau! Resepi yang Abang Brian tunjukkan ni, senang sahaja. Kalau tak percaya, anda semua boleh cuba resepi ini di rumah. Confirm masakan Acar Ikan anda menjadi rebutan!

Ini adalah bahan yang diperlukan dan bagaimana cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan:

  • 2 ekor ikan tenggiri, cuci dan toskan
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 ulas cengkih
  • 4 ulas bawang putih, dihiris
  • 1/2 inci halia, dihiris halus
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu besar
  • 1 biji timun, dipotong jejari
  • 1 batang lobak merah, , dipotong jejari
  • 1 biji cili padi, dibelah dua
  • 1 biji cili merah, dikerat tiga
  • 1 biji cili hijau, dikerat tiga
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit bijan, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS

  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji buah keras

Cara membuatnya: 

  1. Perapkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit untuk 15 minit.
  2. Gorengkan dalam minyak panas 180C  sehingga kuning keemasan.
  3. Dalam kuali lain, ambil sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga harum. Masukkan halia dan bawang putih.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumiskan sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan cuka dan sayuran lain. Masak sayuran hanya sebentar utk keluarkan manisnya tapi jangan sampai hancur. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Tuangkan sayuran yg dimasak atas ikan yang telah digoreng hiaskan dengan bijian yang disangai.
  7. Hidangkan dengan nasi panas

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen