Nafas berbau membuatkan ramai di antara kita yang tidak selesa menjalani aktiviti harian. Walaupun anda sudah melakukan rutin kebersihan mulut setiap hari, nafas anda tetap berbau.

Ini boleh terjadi disebabkan beberapa faktor yang diantaranya ialah bakteria, air liur dan memberi tanda bahawa kita mempunyai penyakit. Melalui bau mulut, anda akan dapat mengesan penyakit yang mungkin anda sedang hadapi.

Berikut adalah penyakit yang boleh dikesan melalui jenis bau mulut anda. Perhatikanlah bau mulut anda dan cegahnya pada peringkat awal.

BAU SEPERTI KOTORAN 

Bakteria anaerob di dalam mulut anda adalah disebabkan anda kurang membersihkan gigi anda menggunakan flos. Mulut berbau seperti kotoran bermakna gusi anda mengalami jangkitan.

BAU HAMIS

Jika mulut anda berbau hamis, ini bermakna anda mempunyai masalah kesihatan yang bernaitan dengan ginjal anda. Penyebab utama bau hamis ini adalah daripada nitrogen dan sulfur yang berada di dalam mulut anda.

BAU SEPERTI MULUT KERING 

Bau seperti mulut kering ini sering disebabkan oleh keadaan air liur yang tidak normal. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan masalah gusi, malah juga kerosakan gigi.

BAU BUSUK 

Jika anda mendapati mulut anda berbau busuk seperti daging busuk, ia memberikan tanda bahawa ada masalah berkaitan dengan tonsilitis anda. Bakteria anaerob menjadi agresif apabila tonsilitis dijangkiti dan meradang. Bakteria berkenaan akan menghasilkan bakteria sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau busuk.

BAU SEPERTI SUSU YANG DITAPAIKAN 

Ia terjadi apabila anda mengamalkan diet yang kurang karbohidrat tetapi tinggi protein. Ini menunjukkan bahawa diet yang anda lakukan adalah tidak baik kerana diet yang seimbang amat diperlukan bagi kesihatan badan anda.

BAU SEPERTI KAPUR BARUS 

Jika mulut anda berbau seperti kapur barus, anda berkemungkinan menghidapi sinus. Bau ini terhasil daripada protein padat yang terkandung di dalam lendir ketika hidung anda tersumbat.

BAU SEPERTI BUAH PEAR 

Bau mulut seperti buah pear ini menunjukkan anda mungkin menghidap penyakit kencing tahap satu kerana kekurangan insulin dalam badan anda.

 

Sumber: berita.mediacorp.sg & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen