Ramai di antara kita yang menyukai makanan bertin seperti sardin sebagai alternatif lain yang lebih pantas dan menyelerakan. Kepada penggemar sardin, kali ini Abang Brian akan ajarkan bagaimana ingin membuat Homemade Sardin Tin. 

Jom tengok apa bahan yang digunakan dan cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan: 

  • 4 ekor ikan sardin besar, dibersihkan
  • 1 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan bawang merah, dicincang
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 tin tomato dlm tin
  • 2 keping cili padi
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar gula melaka
  • Air
  • Garam dan lada hitam, secukupnya
  • Potongan limau nipis

Cara membuatnya: 

  1. Panaskan minyak dalam periuk. tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan kesemua bahan lain kecuali ikan sardin dan reneh untuk 5 minit.
  3. Tambahkan ikan sardin dan biarkannya mereneh bertutup untuk 30 minit (menggunakan api rendah) atau sehingga ikan sardin cukup lembut.
  4. Ubah rasa dan pastikan anda membalikkan ikan sardin selepas 15 minit.
  5. Buka penutup dan renehkan sehingga kuah memekat. Sejukkan semalaman dan panaskan keesokkan harinya untuk rasa yang lebih mantap!

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen