Kini anda tidak perlu lagi merungut tentang harga rawatan muka yang mahal di luar sana. Rahsia untuk kulit yang menawan ada di dapur anda. Tak percaya? Cuba 9 jenis mask DIY ini dan anda pasti akan merasai perubahan pada kulit muka anda!

1. Pisang

Hancurkan pisang yang bersaiz sederhana sehingga menjadi lembut, kemudian boleh terus sapukan ke muka dan leher. Biarkan selama 10 hingga 20 minit sebelum cuci dengan air sejuk.

Atau

Hancurkan pisang bersaiz sederhana sehingga lembut, campurkan 1/4 cawan yogurt asli dan 2 sudu madu (untuk jerawat). Biarkan selama 10 hingga 20 minit sebelum cuci dengan air sejuk

2. Cuka

Selepas mencuci muka, campurkan 1 sudu cuka epal dan 2 cawan air sebagai bilasan terakhir untuk membersihkan dan menegangkan kulit anda.

Atau

Campurkan 1/4 cawan cuka cider dengan 1/4 cawan air. Sapu lembut pada wajah anda dan biarkan ia kering.

3. Susu

Campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan air sehingga campuran pekat. Sapukan pada seluruh muka anda dan biarkan ia kering sepenuhnya sebelum cuci dengan air suam.

4. Oatmeal 

Campurkan 1/2 cawan air panas (bukan menggelegak tau!) dan 1/3 cawan oatmeal. Biarkan campuran tadi sebati selama dua ke tiga minit sebelum campurkan 2 sudu yogurt asli, 2 sudu madu dan 1 biji telur putih. Sapu nipis pada muka anda dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air suam.

5. Mayonis 

Sapu lembut mayonis pada muka anda dan biarkan selama 20 minit. Kemudian lap bersih dan bilas dengan air sejuk. Muka anda akan berasa lebih bersih dan licin.

6. Yogurt

Untuk membersihkan kulit dan menutup pori-pori, sapu yogurt asli ke muka anda dan biarkannya selama 20 minit sebelum cuci bersih.

Atau

Untuk kulit lebih berseri, campurkan 1 sudu kecil yogurt dan jus daripada 1/4 hiris oren dan 1 sudu kecil aloe vera. Biarkan campuran tersebut di muka anda selama 5 minit sebelum membilas bersih.

7. Mustard 

Sapu lembut mustard ke muka anda untuk menegangkan dan merangsang kulit anda. Cuba sedikit dahulu untuk mengelakkan iritasi kulit.

8. Lemon 

Lembapkan muka anda dengan mencampurkan jus dari 1 biji lemon dengan 1/4 cawan minyak zaitun atau minyak badam manis.

9. Telur 

Jika anda mempunyai masalah kulit kering, asingkan telur kuning dan pukul sehingga kembang sebelum ratakan pada muka anda. Pada yang mempunyai masalah kulit berminyak, boleh ambil telur putih dan campurkan bersama sedikit lemon atau madu. Untuk mereka yang berkulit biasa, boleh gunakan kesemua telur kuning dan putih. Pukul telur dan sapukan pada muka anda selama 30 minit sebelum bilas.

 

Sumber: Reader’s Digest & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen