Apabila hujung minggu hampir tiba, pastinya anda tidak sabar untuk beristirehat bersama-sama keluarga tersayang ataupun rakan-rakan anda. Apakah perancangan anda untuk hujung minggu ini? Ke manakah destinasi anda? ‘Destinasi ‘best’ jauh-jauh! Cuti dua hari je.’ Haaa. Jangan tak tahu, ada lokasi rahsia yang boleh anda mungkin tidak tahu sebenarnya dekat dengan kawasan anda.

Jadi, ini kami kongsikan lokasi rahsia terbaik untuk lepas penat hujung minggu anda.

1. Sarang by The Brook, Kuala Kubu Baru

Lokasi ini tidak jauh dari Kuala Lumpur dan memakan masa hanya kira-kira 45 minit memandu. Penginapan ala kontena ini bukan sahaja lengkap dengan kolam renang malah, persekitaran hijaunya pasti memberikan anda ketenangan untuk beristirehat. Anda juga boleh lakukan aktiviti seperti BBQ, jamuan ringan ataupun duduk santai bermain polo air dalam kolam renang.

Bilik penginapan di Sarang By The Brook bermula dengan harga RM 180 sehingga RM 250 dan terdiri daripada tiga jenis bilik iaitu Regular Room (160 sq), Big Room (192 sq) dan Bigger Room (320 sq). Setiap bilik dilengkapi dengan katil bersaiz Queen, penghawa dingin dan juga sambungan WiFi. Bilik air dan tandas turut disediakan di dalam bilik.

2. Farm Ville Cafe And Homestay, Sekinchan

Hujung minggu anda pasti tidak kecewa apabila ke destinasi ini. Lebih dikenali dengan nama Hotel Kontena, tempat ini mempunyai pemandangan yang sangat menarik dan menenangkan kerana terletak bersebelahan sawah padi. Perjalanan ke Sekinchan mengambil masa kira-kira 40 minit daripada Kuala Lumpur melalui lebuhraya latar ataupun melalui jalan Klang-Kuala Selangor.

Jangan risau akan keselesaan bilik di sini. Walaupun struktur yang dibina menggunakan kontena, bilik ini bukan sahaja memberikan rasa trend terkini malah ianya juga selesa didiami. Harga bilik ini sangat berpatutan bagi ramai orang bermula daripada RM98 sehingga RM198.

3. The Sticks, Kuala Kubu Baru 

The Stick merupakan lokasi hujung minggu yang sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak atau adventure. Anda akan mengambil masa perjalanan kira-kira 1 jam 30 minit daripada Kuala Lumpur untuk sampai ke Kuala Kubu Baru. Apabila sampai di pintu masuk, anda perlu melakukan sedikit jungle trekking kira-kira 10 minit sebelum sampai ke tempat penginapan. Sepanjang perjalanan anda, anda akan melalui titi gantung yang merentas sungai dan jeram.

The Sticks merupakan sebuah resort mesra alam yang berasal daripada kawasan perlombongan biji timah. Kuasa elektrik dijana dengan kuasa solar dan sumber air adalah daripada sungai Meranti yang berdekatan.

Terdapat dua jenis penginapan yang disediakan di sini. Anda boleh memilih sama ada untuk duduk di chalet ataupun pondok. Kelambu juga turut disediakan, jadi anda tidak perlu risau terkena gigitan nyamuk.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah jungle trekking, water rafting dan paragliding. Malah, anda akan mendapat harga pakej yang berpatutan dan diskaun pada mereka yang menginap di The Sticks.

4. Nipah Guesthouse, Pulau Pangkor

Kepada anda yang sukakan sesuatu yang ringkas, Nipah Guesthouse, Pulau Pangkor, Perak adalah lokasi terbaik untuk lepas rehat hujung minggu anda. Walaupun perjalanan ke jeti feri mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dengan memandu, anda akan terasa ianya berbaloi apabila tiba di Pulau Pangkor.

Nipah Guesthouse ini berkonsepkan kotej ala British dan mendapat pelbagai review positif  daripada pengunjung. Malah, kedatangan anda akan di sapa mesra oleh pemilik Nipah Guesthouse itu sendiri. Urusan tempahan juga amat lancar dan mudah.

Tempat ini boleh menampung kira-kira 25 orang dalam satu masa dan anda akan mendapat privasi yang anda inginkan di sini. Tempat ini juga turut dilengkapi dengan kolam renang yang berhadapan dengan bilik anda. Malah, tempat ini juga berdekatan dengan pantai Teluk Nipah dan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti air di situ.

5. Templer Park Rainforest Retreat, Rawang 

Malaysia mempunyai khazanah hutan semulajadi yang sangat cantik dan tiada siapa yang akan menolak untuk beristirehat sambil menikmati keindahan alam di sini. Masa hujung minggu anda semestinya tenang dan nyaman sambil menghirup udara segar luar daripada Kuala Lumpur. Hanya 15 minit memandu daripada Jalan Duta, tempat ini pastinya akan membuatkan anda teruja berenang di infinity swimming pool yang menghadap Bukit Takun.

Sumber: vitdaily.com

Komen dgn Fesbuk

komen