Di zaman yang pesat ini, pelbagai aktiviti harus diselesaikan dalam masa sehari. Bagaimana ingin kekal hidrat dan bertenaga?

Kebaikan meminum air kosong seperti yang diketahui umum adalah untuk kekal hidrat dan membantu perjalanan darah ke buah pinggang. Malah, pengambilan air bersih akan turut merangsang sistem pertahanan badan dan meningkatkan metabolisme sel. Jadi, jumlah air di dalam badan seseorang adalah penting untuk mengelakkan dehidrasi dan membantu mengekalkan kecergasan sepanjang hari.

Punca Dehidrasi

Antara punca masalah dehidrasi adalah cuaca, persekitaran dan gaya hidup. Potensi untuk berlakunya masalah kesihatan daripada dehidrasi adalah tinggi kerana kapasiti cecair dalam badan yang konsisten penting untuk menjana kesihatan dan gaya hiduo yang sihat.

Kapasiti Air Yang Diperlukan

Minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau dua liter air setiap hari. Namun, ianya tidak elok dan akan meningkatkan jumlah isipadu darah jika pengambilan air melebihi jumlah yang diperlukan. Sekiranya anda kurang gemar meminum air kosong dengan banyak, gantikan dengan jus buah-buahan semula jadi. Minuman isotonik juga boleh dijadikan minuman tambahan untuk kekal hidrat.

Tanda Dehidrasi 

  • Dahaga yang berterusan
  • Mulut terasa kering
  • Sakit kepala
  • Badan berasa lemah
  • Tekanan darah menjadi rendah
  • Kulit menjadi kering
  • Warna urin kekuningan atau gelap
  • Sakit pada bahagian otot dan sendi

 

Sumber: Maskulin

Komen dgn Fesbuk

komen