‘Eye bag’ merupakan lingkaran gelap di bawah mata yang akan menyebabkan wanita akan kelihatan lebih matang daripada usia mereka sebenar. Malah, ‘eye bag’ juga akan menjadikan bahagian mata tampak kusam, lesu dan tidak menarik. Rawatan khusus untuk merawat mata di spa tidak semuanya berkesan. Jom cuba cara mengatasi masalah ‘mata panda’ ini.

Timun Menyegarkan 

Timun membantu menyegarkan kembali mata yang lesu. Tidak perlu lagi membeli pelbagai produk penjagaan mata ataupun ke spa untuk membuat rawatan mata. Cukup dengan hanya bersihkan buah tium, hiris nipis kemudian lekapkan kepada mata semalaman. Bersihkan mata dengan air putih pada keesokkan hari. Mata anda akan kelihatan lebih segar.

Tomato Mencerahkan 

Kandungan dalam tomato mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan mata. Antaranya adalah membantu mencerahkan kulit sekaligus mengatasi masalah lingkaran gelap di bawah mata anda. Hiris nipis tomato kemudian lekapkan pada mata selama 20 hingga 30 minit. Kemudian, bilas wajah dengan air bersih.

Khasiat Kentang 

Selain daripada merawat tona kulit tidak sekata, kentang juga mampu mengatasi masalah seperti lingkaran hitam. Kentang yang sudah dibasuh dan dibuang kulitnya kemudian dihiris nipis sebelum melekapkan ke bahagian mata selama 10 hingga 20 minit. Bukan sahaja hilang kesan gelap, kulit lebih cerah dan sekata selepas itu.

Uncang Teh 

Uncang teh yang digunakan selepas membancuh teh, janganlah dibuang. Gunakan ia untuk merawat mata dengan melekapkan uncang teh pada mata selama 20 minit sebelum membilas bersih. Uncang teh hijau lebih disarankan kerana ia mampu merawat masalah lingkaran gelap bawah mata dengan efektif.

Perahan Lemon 

Sari lemon kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu menghilangkan kesan hitam di bawah mata dan mengembalikan keserian wajah. Perah sebiji lemon segar dan sapu nipis pada bahagian mata. Amalkan setiap hari dan nantikan hasilnya.

Jangan Tidur Lewat 

Seperti yang diketahui umu, lingkaran gelap di bawah mata akan terhasil apabila bahagian ini kurang mendapat rehat dan berasa keletihan. Jadi, elakkan tidur lewat dan amalkan gaya hidup yang sihat untuk memastikan anda dapat rehat yang diperlukan.

Banyakkan Minum Air Putih 

Tubuh dan wajah akan mudah kelihatan dan menjadi lesu kerana kekurangan air. Kulit yang kering berkecenderungan mengalami masalah penuaan dengan cepat. Minum air putih secukpunya sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi mengekalkan kesegaran wajah dan tubuh. ‘Mata Panda’ tidak akan berlaku apabila anda mengambil air putih yang mencukupi.

Sumber: Majalah Keluarga

Komen dgn Fesbuk

komen