Pajeri nenas terkenal sebagai lauk di kenduri kahwin tetapi jangan tak tahu menu ini pun sesuai di makan bersama keluarga di rumah tau. Harini Abang Brian nak kongsikan resepi Pajeri Nenas untuk semua. Lepas ni, tak perlu dah nak tunggu musim kenduri kahwin baru dapat merasa pajeri nenas.

Bahan yang diperlukan: 

  • 1 biji nenas, dibuang kulit dan dipotong menjadi kepingan besar
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 tangkai kayu manis
  • 1 biji bunga lawang

Bahan kisar

  • 1/2 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 buah keras
  • 2 sudu besar serbuk kari daging (tambah air untuk jadikan pes)
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 biji kelapa (santan cair & santan cair)
  • 2 cili merah, dibelah dua
  • Sedikit garam
  • Sedikit kerisik
  • Ikan masin, digoreng

Cara membuatnya: 

  1. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan daun kari, kayu manis dan bunga lawang. Masak sehingga bau naik.
  2. Masukkan bahan kisar dan serbuk kari. Tumis sehingga garing.
  3. Tambahkan gula melaka dan biarkan campuran rempah tadi bertukar gelap sedikit.
  4. Masukkan kerisik, garam, santan, cili dan nenas. Biarkan mereneh sehingga nenas cukup lembut.
  5. Taburkan ikan masin yang digoreng dan hidangkan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen