Penat balik kerja tidak habis lagi, tapi kena fikirkan menu apa nak dimasak untuk keluarga di rumah. Kepala ligat memikirkan menu apa yang senang dan cepat untuk disediakan supaya akan ada masa berehat untuk diri sendiri nanti. Pernah tak anda mengalami keadaan seperti ini? Jangan risau! Menu mudah dan cepat? Haaa. Abang Brian nak kongsikan resepi Pasta Pesto Ketumbar mudah dan boleh disiapkan dalam masa kurang daripada 20 minit untuk anda semua ni. Jom tengok apa bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan: 

  • 2 cawan daun ketumbar
  • 2 ulas bawang putih
  • 30g daun pudina
  • ¼ cawan kacang tanah, dibakar
  • 1 sudu besar ikan bilis, digoreng
  • 2/3 cawan minyak zaitun
  • Garam dan lada hitam, secukup rasa
  • ½ cawan keju cheddar
  • 1 sudu besar jus asam jawa
  • 1 sudu kecil gula melaka
  • 1/2 paket pasta linguine , dimasak
  • Tomato ceri untuk menghias
  • 2 ketul dada ayam, direbus dan dicarik

Cara membuatnya: 

  1. Kisarkan bawang putih, kacang tanah, ikan bilis, daun ketumbar dan keju cheddar sehingga kasar.
  2. Tuangkan masuk minyak zaitun secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat. Perasakan dengan garam, asam jawa, gula melaka dan lada hitam secukupnya.
  3. Toskan bersama pasta panas yang dimasak dan juga sedikit ayam yang direbus untuk hidangan yg seimbang.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen