Apakah rutin harian anda sebelum masuk tidur? Adakah anda ada memakai sebarang produk penjagaan kulit atau anda terus masuk tidur? Sebenarnya hanya 3 langkah sahaja yang harus diamalkan sebelum tidur bagi memastikan kulit wajah kekal sihat. Jom tengok!

Bersihkan wajah 

Jangan sesekali masuk tidur tanpa membersihkan mekap atau mencuci wajah anda walaupun penat macam mana sekalipun. Bagi mengekalkan kelembapan kulit, gunakan krim malam atau hanya sekadar minyak kelapa dara.

Gunakan masker wajah 

Kulit muka akan mudah terhidrasi dan mewujudkan garis-garis halus pad bahagian tertentu jika kulit wajah tidak mempunyai kelembapan yang cukup. Untuk melembapkan kulit, anda boleh menggunakan masker wajah yang berjenis helain (sheet mask) kerana ia sangat praktikal untuk melembapkan kulit sekaligus menyegarkan kulit wajah anda.

Minum air yang banyak 

Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya 1-2 gelas kecil air putih sebelum masuk tidur. Badan kita akan kehilangan sehingga 500ml cecair dalam setiap malam dalam tempoh 8 jam ketika tidur. Selain meminum air, jangan lupa juga memakai produk pelembap kulit.

Seperti tubuh badan kita, kulit wajah juga perlukan rehat yang cukup. Tiada jalan pintas untuk mengekalkan kesihatan serta kecantikan kulit. Jadi, anda harus berusaha sedikit bagi mendapat kulit wajah idaman. 3 perkara ini sangat asas dan mudah untuk diamalkan. Selamat mencuba!

 

Sumber: rapi.karangkraf.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen