Aktiviti senaman di kawasan terbuka cukup memberi kesan dalam aspek psikologi dan terapi malah memberikan ketenangan kepada pemikiran dan juga tubuh badan.Tiada jalan singkat untuk menjadi lebih cergas. Anda harus belajar mendisplinkan diri dalam menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Jom tengok beberapa langkah ini yang akan membantu meningkatkan kadar stamina dalam tubuh anda untuk sentiasa aktif dan bertenaga sepanjang hari.

Kardio & Aerobik 

Latihan kardio atau aerobik harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi meningkatkan stamina tubuh anda. Latihan ini mampu membakar lemak berlebihan dan bertukar menjadi tenaga dengan pantas bagi membekalkan stamina yang cukup untuk setiap tubuh. Malah, latihan fizikal sebegini juga mampu membantu mempertingkatkan denyutan jantung. Lakukan aktiviti seperti berlari, berenang dan aerobik selama 30 hingga 60 minit setiap hari.

Weight Training 

Rutin latihan beban mampu mempertingkatkan kadar stamina dalam tubuh dan memberi impak kekuatan otot yang maksima bergantung kepada latihan bebanan yang dilakukan. Kekuatan otot tidak hanya memberi kesan kepada keseimbangan, tekanan darah, kekuatan tulang dan fleksibiliti tubuh anda malah ia juga mampu meningkatkan stamina serta daya tahan tubuh anda.

Istirehat

Tidur yang cukup dan berkualiti adalah sangat penting. Jumlah tidur setiap individu adalah berbeza mengikut faktor usia seseorang. Remaja memerlukan 8 hingga 9 jam setiap malam manakala individu dewasa memerlukan 7 hingga 9 jam setiap malam bagi memperoleh tenaga dan stamina untuk keesokkan harinya. Usaha keras anda menjadi sia-sia jika anda melakukan pelbagai latihan fizikal tanpa rehat yang cukup. Jalani latihan yang baik dan rutin dengan lebih efisien selepas berehat.

Diet Sihat 

Pola pemakanan yang sihat dan seimbang akan memberi hasil kepada peningkatan stamina dalam badan anda. Fokus kepada diet dan makanan serta pastikan sumber nutrisi seperti protein, lemak, mineral dan serat  yang diambil mencukupi. Makanan yang dimakan akan diproses menjadi sumber tenaga yang boleh diserap menjadi stamina yang membawa kecergasan kepada tubuh badan anda.

Air

Mengambil air kosong dalam kadar yang mencukupi adalah cara paling mudah untuk mempertingkatkan stamina sesetiap individu. ketika menjalani latihan, anda akan mengakibatkan cecair dalam badan berkurangan. Jadi, pengambilan air adalah penting bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi.

 

Sumber: maskulin.karangkraf.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen