Kali ini, Abang Brian akan kongsikan siri resepi yang berasaskan Cendawan. Untuk resepi yang pertama iaitu Sup Cendawan, kita akan menggunakan jenis cendawan barat. Eh! Abang Brian pun ada resepi menggunakan cendawan tempatan jugak tau! Tunggu resepi seterusnya ya!

Sekarang, jom kita tengok bahan dan cara membuat Sup Cendawan yang Abang Brian kongsikan ini. Lepas ni, tak perlu dah beli sup cendawan dalam tin atau makan di luar. Boleh buat sendiri je, tak ada MSG, tak ada perasa dan tak ada pengawet. Pasti Sup Cendawan anda akan menjadi pilihan keluarga anda!

 

Bahan yang diperlukan: 

  • 240g cendawan pilihan (butang/swiss brown), dihiris
  • ½ bawang merah besar, dicincang
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 cawan krim masak atau susu sejat

Bahan Pantri

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Garam dan lada hitam

Cara membuatnya: 

  1. Tumiskan cendawan bersama bawang merah dan putih sehingga bawang merah menjadi lembut.
  2. Tambahkan tepung dan gaul mesra.
  3. Tuangkan stok ayam, gaul sehingga pekat.
  4. Tuangkan krim dan ubah rasa dengan lada hitam dan garam.
  5. Masak sehingga cukup pekat sambil menggaul dari semasa ke semasa.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen