Produk dan alatan kecantikan adalah benda biasa yang diperlukan untuk cantik. Sila berhati-hati terhadap lambakan produk dan alatan di pasaran yang dikatakan boleh memberi pelbagai manfaat. Nak cantik jangan sampai memudaratkan diri tau!

Biasanya apabila anda ‘Google’ mencari cara-cara mencantikkan diri, kebanyakan tips adalah sama sahaja. Sebenarnya, untuk cantik tidak terhad kepada satu cara sahaja. Ada cara lain yang boleh digunakan untuk cantikkan diri. Ini dia perkara unconventional yang mampu membantu anda mencantikkan diri.

Humidifier 

Banyak negara terutamanya negara Korea terkenal dan biasa dengan alat melembap ini. Ia akan memberikan hifrasi ekstra kepada kulit anda tatkala melakukan apa-apa aktiviti ataupun ketika tidur. Pasangkan humidifier sebelum tidur dan anda pasti dapat rasakan perbezaan kelembapakan kulit anda ketika bangun dari tidur.

Sarung bantal dari fabrik sutera 

Sutera merupakan bahan organik yang asli, hypoallergenic dan penuh dengan asid amino yang baik untuk kulit. Gunakan ini sebagai alasan untuk berbelanja lebih membeli cadar mahal. Anda tidak akan lagi bangun tidur dengan sarung bantal yang penuh peluh dan minyak dari kepala anda.

Water Purifier 

Dengan menggunakan kepala shower yang memiliki water purifier, ia akan meningkatkan hidrasi kulit dan rambut sekaligus meningkatkan kesinaran rambut dan rambut akan mudah diuruskan.

Bedak Bayi 

Jangan tak tahu, bedak bayi baik untuk menyerap minyak dan membantu menebalkan bulu mata anda. Apabila anda oleskan maskara seperti biasa, selaputkanpemutik kapas dengan bedak bayi dan calitkan pada bulu mata anda. Sapukan lagi sekali maskara selepas itu dan anda akan dapatkan bulu mata yang tebal dan lentik tanpa perlu membazir maskara.

Minyak kelapa

Minyak kelapa mempunyai kebaikan melembapkan kulit dan rambut kerana kandungannya yang penuh dengan nutrien dan vitamin esensi. Anda boleh gunakan minyak kelapa ini sebagai masker untuk rambut semalaman ataupun pelembap wajah dan badan. Kalau anda campurkan sedikit gula, anda akan jadikannya skrub!

Cuba harini dan kongsi dengan kami kesannya!

 

Sumber: www.Hijabista.com.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen