Perselisihan faham atau pertengkaran antara suami isteri adalah suatu yang lumrah. Ia sebenarnya merupakan asam garam dalam membentuk hubungan yang lebih bermakna. Tapi kadang kala sesuatu pertengkaran itu membawa kepada satu situasi yang agak sukar selepas itu. Jadi, bagaimana kita mahu menjernihkan kembali keadaan?

1. Meminta maaf 

Perkara paling mudah tetapi sukar dilakukan. Hulurlah kata maaf tanpa mengira siapa yang bersalah demi kebaikan bersama. Jika si dia yang bersalah, pasti dia akan berasa bersalah dan kesal setelah anda terlebih dahulu meminta maaf. Jika anda tidak yakin untuk meminta maaf secara berdepan, lakukannya melalui sekepi nota ataupun kad ucapan. Pasti hubungan anda berdua akan kembali lancar selepas itu.

2. Mengaku kesalahan 

Jalan terbaik untuk kembali berbaik selepas pertengkaran adalah melahirkan rasa kesal atas kesalahan secara ikhlas. Pastinya pengakuan itu akan menyejukkan hati pasangan dan membuatkan dia segera memaafkan anda. Mengaku kesalahan diri sendiri akan membuatkan orang berasa anda merupakan seorang yang lembut hati dan sedar diri.

3. Bergurau

Jangan biarkan pasangan anda mengambil masa bersendiri terlalu lama. Tegurlah selepas beberapa ketika dan lebih elok anda cuba menjernihkan keadaan tenang itu dengan gurauan. Gurau senda adalah penawar dalam apa jua keadaan. Pasti ia akan mencairkan hati yang membeku dan membuatkan anda berdua tersenyum semula.

4. Nikmati secawan kopi 

Aroma kopi yang menyegarkan akan memberikan rasa lega hati yang sedang marah. Bancuhlah kopi untuk diri dan pasangan anda. Perbuatan yang tanpa kata-kata ini boleh menjadi jambatan menjernihkan semula hubungan selepas pertengkaran.

 

Sumber: keluarga.my

Komen dgn Fesbuk

komen