Waktu awal pagi adalah waktu paling ideal untuk bersenam sebenarnya. Tetapi ramai yang fikir ia akan menyebabkan kita hilang tenaga untuk belajar, bekerja atau menguruskan tugas-tugas harian. Nah, ini dia manfaat-manfaat yang boleh di nikmati jika bersenam pada awal pagi.

Mood baik dan kesegaran berpanjangan

Hasil kajian yang telah dilakukan terhadap pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi menunjukkan mereka boleh kekal segar dan ceria sehingga 12 jam selepas melakukan senaman. Jadi, ini membuktikan bahawa mereka yang bersenam pada waktu pagi lebih produktif, mempunyai mood yang baik serta berasa segar sepanjang hari.

Pembakaran lebihan lemak dalam badan 

Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi akan membakar lemak ke tahap yang maksima. Malah, badan mereka akan juga memproses gula dengan lebih baik dan membuatkan penerimaan glukos dalam badan meningkat.

Lebih bertenaga sepanjang hari 

Menurut kajian, pendapat bersenam pada waktu pagi akan membuatkan anda keletihan adalah tidak tepat sama sekali. Pengkaji telah mendapati bahawa golongan yang bersenam pada awal pagi bukan sahaja lebih tenaga sepanjang hari, malah otak mereka turut berasa di tahap yang tinggi dan kreatif selama sepanjang 12 jam selepas bersenam.

Aktiviti pembakaran kalori berterusan 

Kajian mendapati bahawa jika anda bersenam pada waktu pagi, pembakaran tenaga akan berterusan sehingga ke tahap 190 kalori lagi walaupun anda sudah habis bersenam. Ini menjadikan anda lebih bertenaga dan rasa cergas sepanjang hari.

 

Sumber: maskulin.karangkraf.com

Komen dgn Fesbuk

komen