Haaa. Kalau haritu Abang Brian ada kongsikan resepi Sup Cendawan (http://www.abangbrian.com/blog/2017/02/24/resipi-sup-cendawan/) sempena siri resepi berasaskan Cnedawan, kali ini Abang Brian akan kongsikan resepi menggunakan cendawan tempatan pulak. Dan kali ini juga bukan resepi jenis makanan barat yang akan dikongsikan, Abang Brian akan membuat lauk kampung kegemaran ramai iaitu Cendawan Kukur Lemak Berserai.

Jom kita tengok bahan apa yang diperlukan dan bagaimana nak memasakknya.

Bahan yang diperlukan:

  • 300g cendawan kukur, direndam dan dibersihkan
  • 1 keping ikan kering, digoreng dan dipotong kecil

Bahan kisar

  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 bawang putih
  • 5 bawang merah
  • 3 biji lada hitam
  • 5 cili api
  • 2 ulas serai, dititik
  • 250ml santan
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara membuatnya: 

  1. Tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga garing.
  2. Masukkan santan, asam gelugur dan cendawan kukur, biarkan mereneh sehingga cendawan cukup lembut.
  3. Masukkan ikan kering dan hidangkan dengan nasi putih panas!

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen