Haaa. Kali ini Abang Brian akan gunakan cendawan kering cina pulak. Jadi resepinya mestilah resepi untuk makanan cina kegemaran ramai iaitu Mee Wantan Cendawan. Resepi ini bukan hanya boleh digunakan dengan mee wantan sahaja, malah boleh juga gunakan pan mee atau jenis mee yang lain.

Dah ready nak tau apa bahan yang diperlukan dan bagaimana nak buatnya? Jom!

Bahan yang diperlukan: 

  • 8 cendawan shitake kering, direndam dalam 1 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan stok ayam homemade (lihat resipi di http://www.abangbrian.com/blog/2017/01/31/resipi-halal-kiub-stok-ayam-homemade/)
  • 1 1/2 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu kecil kicap cair
  • Garam dan lada hitam, secukup rasa
  • 1/2 sudu besar tepung jagung di larutkan dengan 2 sudu besar air

Untuk menghidang

  • Wantan (lihat resipi http://www.abangbrian.com/blog/2015/12/21/resepi-wonton-mee-sup/)
  • Ayam BBQ
  • Mee wantan
  • Sayur sawi, dicelur

Cara membuatnya: 

  1. Setelah cendawan menjadi lembut, hiriskan. simpankan air rendaman.
  2. Dalam periuk, tumiskan bawang putih dan cendawan sehingga bau naik. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung jagung.
  3. Renehkan untuk 20 minit
  4. Tambahkan campuran tepung jagung dan panaskan sehingga memekat.
  5. Gaulkan bersama mee wantan dan hidangkan dengan ayam BBQ dan  sayur.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen