Nak cantik sekarang ni sangat mudah. Ada bedak asas, tepek je dekat muka masalah kulit terus hilang dan muka terus jadi gebu.

Tapi, itu cantik dengan mekap. Macam mana pula cantik tanpa mekap? Anda perlulah prihatin dalam menjaga kulit wajah kalau nak wajah cantik semula jadi tanpa mekap. Jom tengok amalam ini untuk cantik tanpa mekap.

1. Tinted moisturise dengan SPF 

Lebih elok jika anda mula menggunakan tinted moisturiser berbanding foundation. Ia bukan sahaja melembapkan wajah malah melindungi wajah dan menyamaratakan warna kulit anda.

2. Secawan vitamin C yang panas 

Minumlah secawan air panas beserta lemon kerana minuman itu akan memotong jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam badan. Amalan ini akan membuatkan kulit anda sentiasa sihat dan menjadi lebih baik.

3. Toner bebas alkohol 

Selepas mencuci wajah, lebih elok jika anda gunakan toner bebas alkohol kerana ia akan membuang lapisan sisa mekap yang anda pakai sepanjang hari. Ia juga akan memberi kebaikan kepada tona kulit anda.

4. Skrub buatan sendiri 

Hanya gunakan beras sahaja! Gosok lembut kisaran beras pada wajah selama 1 minit sebelum dibilas dengan air sejuk dan lap sehingga kering. Amalkannya dua kali seminggu untuk rasai perbezaannya.

5. Jangan usik! 

Halang tangan anda daripada memegang wajah tanpa sebab sepanjang hari. Kalau ada jerawat ke, whiteheads ke, blackheads ke, jangan picit! Hentikan dari tarik, usap atau sentuh wajah anda tanpa sebab ya!

Sumber: keluarga.my

Komen dgn Fesbuk

komen