Nasi adalah makanan ruji buat rakyat Malaysia. Tak lengkap rasanya kalau dalam sehari tidak makan nasi. Tetapi bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau diabetes, pengambilan nasi dalam kuantiti biasa seperti orang lain adalah tidak digalakkan. Ini kerana nasi putih mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggu iaitu 88 hingga 89. Buat yang tidak tahu apa itu indeks glisemik, ia adalah suatu unit yang menyatakan kadar gula yang terkandung dalam makanan. Semakin tinggi kadar GI, semakin tinggi kenaikan kadar gula dalam darah.

Namun jangan risau. Ada makanan yang lebih sihat boleh menggantikan nasi. Jom kita tengok!

Beras merah 

Beras merah merupakan salah satu makanan pengganti nasi putih yang amat digalakkan pengambilannya. Beras merah hanya mempunyai kadar GI yang rendah iaitu 50. Ia dapat mengawal kadar gula dalam darah serta kaya dengan serat dan vitamin B. Serat yang terkandung di dalam beras merah mampu meningkatkan kepekaan sel dalam menerima hormon insulin yang boleh diubah menjadi tenaga.

Ubi kayu 

Ubi kayu mempunyai nilai GI dibawah 55 dan merupakan sumber karbohidrat. Seperti beras merah, ubi kayu juga kaya dengan serat dan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Pastikan anda mengolah ubi kayu menjadi hidangan menarik yang membuka selera anda.

Keladi 

Selain daripada memiliki kandungan vitamin yang tinggi dan kandungan GI yang rendah, ubi keladi juga kaya dengan protein dan karbohidrat. Ubi keladi mampu mencegah risiko serngan jantung dan menstabilkan tekanan darah selain dapat mengawal gula dalam darah. Ubi keladi mampu memberikan kesan yang baik pada kesihatan tubuh jika ubi keladi direbus tanpa tambahan bahan sampingan.

Ubi kentang 

Ubi kentang juga boleh digunakan sebagai pengganti nasi. Kentang mampu membekalkan tenaga sama seperti nasi namun kandungan GI nya lebih rendah. Cara terbaik menikmatinya adalah dengan cara mengukus atau direbus bagi menjaga zat protein, mineral dan vitaminnya.

Sumber: rasa.my

Komen dgn Fesbuk

komen