Anak-anak sukakan makanan segera seperti nugget. Kita sedar makanan segera lebih memberikan keburukan daripada kebaikan. Banyak kontroversi di sebalik pembuatan nugget yang kita baca di media sosial harini. Nak biarkan anak makan, tapi takut tentang kesihatan diri mereka. Jadi, nak lebih selamat, buat sendiri la kan? Hehehe. Anda juga boleh guna cara membakar dalam ketuhar kalau nak lebih sihat lagi!

Jom kita tengok resepi membuat Nugget Homemade yang Abang Brian kongsikan ini.

Bahan yang diperlukan: 

Bahan A

  • 300g isi ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil campuran herba kering
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk bawang
  • Garam dan lada hitam, secukupnya
  • Tepung
  • 1 biji telur
  • Serbuk roti, secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya: 

  1. Kisarkan kesemua bahan A sehingga lumat.
  2. Bentukkan nugget mengikut saiz yang diingini, Abang Brian selalu buat bentuk kecik sikit untuk anak-anak. (Atau kalau ada masa, boleh babitkan anak-anak dalam membentuk nugget menggunakan acuan biskut kegemaran mereka)
  3. Salutkan nugget dengan tepung, kemudian telur dan serbuk roti.
  4. Goreng dalam minyak pada suhu 175C sehingga masak sepenuhnya.
  5. Hidangkan bersama sos cili Homemade (lihat http://www.abangbrian.com/blog/2017/02/09/resipi-sos-cili-homemade/)

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen