Tiap kali ketika memotong bawang, pasti ada drama air mata yang akan berlaku. Tak pasal-pasal menangis sendiri. Jika ada ahli keluarga yang melihat, mesti akan diusik. Ada beberapa cara yang anda boleh cuba bagi mengelakkan mata pedih, berair dan air mata bercucuran ketika menghiris bawang.

Kunyah Gula-Gula Getah 

Ketika mengunyah, otot mata dan muka akan bergerak aktif. Ini dapat mengelakkan mata menjadi pedih ketika anda memotong bawang.

Menyanyi Kuat 

Dengan menyanyi kuat, anda akan cenderung untuk bernafas dari mulut dan dapat mengelakkan anda menghidu bau bawang yang kuat sehingga menyebabkan pedih mata.

Potong Bawang Berhampiran Kipas Angin 

Bau kuat bawang akan terbang jauh melalui angin kuat dari kipas dan dapat elakkan anda dari pedih mata.

Nyalakan Lilin 

Anda boleh nyalakan lilin ketika memotong bawang kerana haba panas lilin dapat ‘membunuh’ bau kuat dari bawang.

Letakkan Garam Dalam Bekas 

Letakkan sedikit garam dalam bekas berhampiran tempat anda memotong bawang. Garam berfungsi meneutralkan bau bawang yang menjadi sebab mata berair.

Simpan Dalam Peti Ais

Bawang yang sejuk kerana di simpan di dalam peti ais dapat mengelakkan mata menjadi pedih ketika bawang dipotong.

Sumber: rasa.my

Komen dgn Fesbuk

komen