Ramai yang buat permintaan pada Abang Brian untuk kongsikan resepi Daging Masak Hitam. Haaa. Ini dia resepi Daging Masak Hitam yang dinantikan! Senang je nak buat ni, dan Abang Brian ada juga tambahkan kelainan pada resepi ini iaitu kurma. Tapi kurma tu optional je tau! Tak nak letak pun tak apa. Jadi, apa bahan yang diperlukan? Macam mana nak membuatnya? Jom kita tengok!


Saiz hidangan: 4-5 orang

Bahan yang diperlukan: 

Bahan Kisar

  • 2 bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kayu manis
  • 3 buah pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 6 cengkih
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 500g daging lembu, dihiris
  • Segenggam kurma, dibuang biji dan dihiris
  • 5 sudu besar kicap pekat

Cara membuatnya: 

  1. Tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih sehingga harum.
  2. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga bau naik. Campurkan serbuk kari, jintan putih, jintan manis, cili yang dilarutkan dalam sedikit air.
  3. Masukkan daging lembu dan kurma serta kicap pekat. Masak sehingga cukup pekat
  4. Ubah rasa dengan sedikit garam dan madu.
  5. Hidangkan bersama nasi panas dan dihias dengan daun ketumbar.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen