Kunyit selalu digunakan sebagai bahan masakan. Tetapi, peranan kunyit bukan hanya tertakluk di dapur tau! Anda pasti akan menyukai kunyit kerana ia mempunyai pelbagai manfaat untuk kebaikan.

Kunyit juga, menurut bebertapa kajian mempunyai khasiat perubatan. Proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet boleh dicepatkan oleh antiseptik yang terkandung dalam kunyit.

Oleh sebab kesannya menakjubkan kepada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia mula menggunakan kunyit di dalam produk kecantikan masing-masing.

Jadi, jangan hairanlah jika anda melihat banyak krim-krim pengecut jerawat di luar sana yang berasaskan kunyit. Kalau secara tradisionalnya, ramai yang gunakan kaedah menumbuk kunyit dan tempekkan pada muka bagi mengecutkan jerawat.

Siapa sangka kunyit juga mempunyai khasiat berguna dalam membantu rawatan penyakit kanser dan Alzheimer?

Sejak zaman masyarakat purba India lagi, mereka sudah menyedari akan kebaikan kunyit ini. Ia merupakan sumber vitamin C dan magnesium yang baik selain mempunyai kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium, mangan dan kandungan sodium yang rendah.

Cantik Dengan Kunyit 

Anda tidak perlu berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan menggunakan kunyit. Ia boleh dilakukan di rumah sendiri dan tentunya mudah serta murah. Serbuk kunyit boleh digunakan dan dicampurkan dengan sedikit air atau jus limau nipis sebelum menyapunya ke wajah. Amalan ini akan membantu kulit menjadi lebih berseri, mengurangkan masalah tompokan pigmen dan sekaligus meratakan warna kulit.

Anda juga boleh meminum jus kunyit untuk kecantikan kulit. Jus kunyit dibuat hanya dengan mengisar kunyit hidup bersama air masak, tapiskan sebelum campurkan sedikit asam keping dan gula melaka. Amalan ini pula dikatakan dapat memperbaiki sistem dalam tubuh badan.

Skrub kunyit juga boleh dicuba. Campurkan kunyit bersama tepung dan air. Sental seluruh badan sebelum mandi. Amalan ini dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi licin mulus dan sekata warnanya.

Sumber: rapi.karangkraf.com & Google ( gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen