Bagi wanita bekerjaya, membahagikan masa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Di pejabat, tugasan penuh bertimbun yang perlu diselesaikan. Bila pulang ke rumah, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu pula harus ditunaikan. Sampaikan kerja perjabat pun dibawa balik ke rumah, jika waktu terdesak.

Sempena Hari Wanita Sedunia ini, kami akan kongsikan kata kunci bagi wanita bekerjaya membahagikan masa. PERANCANGAN.

  • Priority – Buat aturan untuk aturan dan tugasan. Lakukan hal yang penting terlebih dahulu barulah ke tugasan yang kurang penting. Aturan ini akan mengurangkan tekanan bebanan kerja.
  • Bantuan – Mintalah bantuan pembantu yang anda percayai¬†bagi menguruskan kesibukan di tempat kerja dan pendidikan anak-anak.
  • Komunikasi – Berkomunikasi dengan pembantu anda agar mereka dapat menunaikan tanggungjawab anda dengan sebaik-baiknya.
  • Serentak – Lakukan tugasan serentak seperti sambil menyediakan sarapan anak, anda boleh membasuh pakaian.
  • Efektif & Efisien – Anda harus memastikan setiap tugasan yang dilakukan efektif dan efisien agar anda dapat menyelesaikan tugasan dengan masa yang ditetapkan.

Sumber: mingguanwanita.my

Komen dgn Fesbuk

komen