Risau dengan berat badan naik? Tiada saiz untuk beli pakaian baru? Berikut tip yang boleh diambil dan antara diet yang terbaik boleh dilakukan.

1. KURANG MAKAN DAGING MERAH 

Daging mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi di bahagian tulang rusuk. Bagitu juga dengan daging ayam. Bahagian paha dan kepak mengandungi lebih lemak berbanding daging putih di bahagian dada. Jadi, pilih dengan berhati-hati!

2. MASAK GUNA MINYAK ZAITUN 

Minyak zaitun boleh digunakan dalam masakan anda kerana ia tidak mengandungi bahan lemak tepu. Malah, penggunaan minyak zaitun memberikan banyak khasiat kepada makanan. Chef di Malaysia turut menggunakan minyak zaitun dalam masakan mereka.

3. ELAK MAKANAN BEKU 

Masakan sejuk beku terkandung lemak tepu yang sangat tinggi. Anda disarankan untuk tidak mengambil minuman sejuk selepas makan. Apabila meminum minuman sejuk, lemak akan terkumpul di bahagian tertentu dan menjadi tepu sehingga sukar dibuang.

4. TAMBAH SUPLEMEN DALAM DIET 

Antara suplemen tambahan yang baik untuk kita adalah omega-3. Suplemen ini adalah sejenis asid lemak baik yang akan membantu melawan lemak tepu dan kolestrol jahat dalam badan. Omega-3 juga akan membantu mengawal keradangan dalam badan, kuatkan jantung dan penglihatan serta menaikkan mood seseorang. Omega-3 boleh diperoleh daripada jenis ikan seperti sardin, salmon dan kembung.

5. KURANGKAN PRODUK TENUSU 

Jika anda meminati keju, kurangkan pengambilan keju dalam setiap makanan anda kerana keju mengandungi lemak tepu yang banyak. Begitu juga dengan produk susu lemak penuh. Anda disarankan untuk menukar penggunaan keju kepada susu rendah lemak dalam masakan anda bagi menghidarkan masalah lemak tepu dalam badan.

6. KIRA JUMLAH LEMAK DIPERLUKAN

Anda mungkin malas untuk mengira jumlah lemak dan kalori makanan yang diambil setiap hari. Namun, jadikan ianya rutin hingga anda berjaya menjumpai cara berkesan bagi mengurangkan lemak tepu dalam badan.

Sumber: Harian Metro 7 Mac & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen