Saat menikmati hidangan bersama keluarga adalah momen yang sangat menyeronokkan. Namun, diet seimbang jangan dilupakan ketika bergembira menikmati hidangan enak. Oleh itu, penting pada mereka yang ingin sediakan makanan untuk merancang menu yang ingin dimasak terlebih dahulu.

Menurut portal Persatuan Pemakanan Malaysia NutriWeb, merancang menu adalah cara terbaik untuk memastikan hidangan menarik, enak dan berkhasiat. Antara panduan merancang adalah:

  • Sebelum mula memasak, pastikan anda memilih hidangan yang digemari ahli keluarga dan ubah suai resepi mengikut cara yang betul.
  • Adalah penting untuk menyediakan masakan yang mudah, menarik dan menyelerakan. Sebaiknya sediakan hidangan daripada campuran pelbagai jenis bahan makanan.
  • Pastikan anda menggunakan cara memasak yang mampu mengekalkan warna dan rasa asal bahan. Hidangkan bersama campuran ulam atau sayuran segar dan buah yang beraneka warna dan bentuk untu hidangan yang lebih berkhasiat.
  • Selain daripada menjaga jenis menu dan bahan makanan, tetapkan juga cara masakan sama ada memanggang, mengukus, merebus atau menggoreng tanpa minyak.
  • Kurangkan hidangan yang bergoreng terutama yang bersalut tepung. Gunakan air limau nipis atau kasturi pada makanan yang dipanggang atau dikukus bagi menambahkan kelazatan.
  • Pilih buah-buahan sebagai pencuci mulut dan sediakan jus buah-buahan segar atau air kosong untuk menggantikan minuman manis. Jadikan ini rutin harian.
  • Bahagikan hidangan makanan mengikut waktu makan dengan mengutamakan sarapan, makan tengah hari dan malam.
  • Jika anda mahu mengambil makanan ringan, pastikan anda mengambil ia dua jam sebelum waktu makan utama. Saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan mengelakkan pengambilan makan secara berlebihan.

Cara menyediakan hidangan sihat:

  • Buang lemak daging dan kulit ayam.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran segar dibasuh sebelum dimakan. Jangan rendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Gunakan air bersih yang mengalir ketika mencuci.
  • Jangan memotong atau menghiris kecil¬†buah-buahan atau sayur-sayuran.
  • Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan.
  • Pastikan anda menggunakan air yang secukupnya ketika menyediakan sup atau makanan berkuah.
  • Biarkan air mendidih atau minyak benar-benar panas sebelum memasukkan makanan untuk di masak.
  • Kekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran dengan tidak memasak terlalu lama. Masukkan bahagian sayuran yang keras terlebih dahulu.
  • Jangan lupa untuk menutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran bagi mengelakkan ¬†vitamin hilang. Tutup kuali atau periuk ketika menggoreng tanpa minyak akan memendekkan masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.
  • Gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran menggantikan penggunaan garam,kicap, sos, bahan perisa dan soda.
  • Jangan menggunakan minyak masak yang sudah bertukar warna selepas dipanaskan kepada suhu tinggi bagi jangka masa panjang.
  • Simpan bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ayam, ikan, susu, telur dan makanan yang sudah dimasak pada suhu yang rendah di dalam peti ais sebelum digunakan.
  • Potong daging atau ayam mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Membekukan kembali bahan masakan yang dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.

Sumber: Berita Harian (7 Mac) & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen