Sekarang ini ramai yang mencuba untuk membuat kek sendiri. Antara inisiatif mereka untuk membuat kek yang sedap adalah memasuki kelas ‘baking’ yang ada di luar sana. Ikuti tips buat kek untuk ‘beginner’ ini dan anda boleh jadi ‘Baker’ yang disegani.

1. Periksa Bahan dan Peralatan 

Pastikan bahan yang hendak digunakan masih elok dan belum tamat tempoh, masih segar dan tempat penyimpannya sesuai. Pastikan telur tidak busuk, tepung tidak hapak dan mentega tidak kulat atau baking powder masih aktif digunakan. Mentega, margerin dan telur yang akan digunakan elok disimpan di dalam suhu ruang bilik. Peralatan juga perlu bersih, kering dan bebas dari lemak.

2. Ikut Resepi 

Apabila membuat kek, harus sesuai mengikut sukatan dalam resepi. Tak boleh agak-agak seperti kita memasak lauk-pauk. Anda harus pelajari bagaimana untuk timbang bahan dengan tepat dan baca resepi sebelum mula membuat kek. Jika ingin menambah bahan lain yang tiada di dalam resepi, resepi asal patut diubah suaikan. Kadar berat bahan sangat penting.

3. Cara Memukul Adunan 

Ketika memukul telur agar bercampur dengan gula dan bahan lain, gunakan kecepatan rendah. Kecepatan ‘whisk’ ditambah bertahap hingga adunan mengembang.

4. Mencampurkan Adunan 

Bahan kering seperti tepung yang telah diayak dimasukkan ke dalam telur yang dipukul sedikit demi sedikit sehingga dikacau rata. Kacau perlahan menggunakan spatula dari permukaan adunan sampai ke dasar mangkuk pengadun dengan gerakan memutar dan searah dan jangan lakukan terlalu laju atau lama agar adunan tidak turun atau kempis.

5. Menuang Cairan 

Tuang cairan seperti mentega cair atau susu cair sedikit demi sedikit ke dalam adunan agar tercampur sempurna. Proses ini dilakukan sambil mengaduk adunan perlahan menggunakan spatula hingga rata. Jika cairan tidak bercampur rata, kek akan menjadi bantat.

6. Pemindahan Ke Loyang 

Hentak loyang terlebih dahulu setelah adunan dituang ke dalam loyang bagi mengeluarkan gelembung udara dalam adunan. Ini juga dapat mencegah kek menjadi kempis, permukaan berlubang-lubang dan menjadi bantat.

7. Proses Membakar Kek 

Sebelum kek dibakar, panaskan oven kira-kira 5-10 minit. Anda juga perlu pastikan bahawa suhu yang digunakan sesuai dengan resepi. Bila kek sudah dimasukkan dalam oven, suhu tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jika suhu terlalu tinggi, bahagian tepi kek cepat masak sedangkan bahagian dalam kek masih mentah.

8. Menghias Kek 

Pastikan kek sudah sejuk hingga permukaannya mengeras sebelum menghias bagi mengelakkan krim atau ganache tidak meleleh. Jika bahagian tengah kek hendak diisikan dengan krim atau jem, belah kek terlebih dahulu. Gunakan pisau bergerigi agar belahan kek lebih cantik.

Sumber: rasa.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen