Mana wanita di dunia ini yang tidak inginkan badan cantik dan langsing dengan pinggang ramping serta potongan pinggul dan peha menawan? Semua wanita pasti idamkan kecantikan secara keseluruhan. Jadi, daripada menggunakan produk kecantikan yang mensasarkan pada bahagian tubuh bermasalah sahaja, apa kata anda mula amalkan beberapa panduan mudah lagi semula jadi untuk mendapatkan bentuk badan idaman.

KURANGKAN SAIZ HIDANGAN MAKANAN 

Waktu makan malam adalah waktu ramai daripada kita cenderung untuk mengambil makanan berlebihan. Jadi, cuba habiskan hanya tiga suku hidangan dan simpan bakinya untuk dimakan pada esokkan harinya. Dengan cara ini, kita tidak akan rasa bersalah kerana membazirkan makanan dan boleh menjimatkan wang juga.

MINUM AIR

Minuman kegemaran seperti jus buah-buahan, minuman ringan atau kopi susu mengandungi banyak kalori tersembunyi. Tambah-tambah lagi jika dinikmati beberapa kali dalam sehari. Pilihan yang lebih menyihatkan tentunya air kosong. Jika inginkan sedikit perasa, tambahkan hirisan lemon atau epal di dalam air kosong anda.

LAKUKAN YOGA

Buat mereka yang baru mula bersenam, yoga adalah pilihan yang sesuai. Ia membantu merengangkan semua otot yang tidak digunakan dan mengelakkan masalah sakit belakang. Malah yoga juga akan menghasilkan tangan, paha dan perut jauh lebih kental. Amalkan rutin senaman ini selama 30 minit tiga kali seminggu.

TIDUR AWAL

Kurang tidur akan menganggu metabolisme badan. Jadi, tidur sebelum jam 12 tengah malam untuk mendapatkan tempoh tidur yang mencukupi dan badan juga akan pulih secara semula jadi ketika tidur.

URUT BADAN 

Manjakan diri sekali dalam sebulan dengan pergi membuat rawatan urut badan bagi merangsang peredaran darah. Malah, kita boleh manfaatkan krim pelangsingan  dengan mengurut badan menggunakan penggelek genggam sehingga krim tersebut diserap sepenuhnya.

Sumber: Harian Metro (16 Feb) & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen