Pelbagai muslihat yang boleh dicuba dalam memelihara kecantikan. Sampaikan kita tak pernah terfikir akan keberkesannya. Tak salah kalau nak mencuba bukan? Kalau berkesan, boleh terus kan. Kalau tak, anggap sahaja itu satu eksperimen.

Berikut adalah tip dan trik cantik yang mungkin sedikit pelik tapi tak salah untuk kamu cuba.

1. Jika anda mempunyai jenis maskara yang mudah kering, cuba titiskan beberapa titis penitis mata (eye drop) ke dalam botol maskara dan kocakan dengan berus.

2. Kamu boleh gunakan lip balm untuk efek kilau (highlight) atau lembap di bahagian mata. Gunakan putik kapas, calitkan sedikit pada sudut dalam mata. Antara selebriti yang suka melakukan trik ini ialah Miranda Kerr.

3. Trik ini mungkin sedikit berbahaya, tapi kamu boleh mencubanya. Jika pensel penggaris mata kamu tidak lekat warnanya, bakar sedikit dakwat penggaris mata (menggunakan lighter). Calitkan sedikit pada tangan dan bila terasa sedikit sejuk, baru kamu memakaikan garis penggaris mata pada mata.

4. Cuba memasukkan kuku yang sudah diwarnakan ke dalam air sejuk (jika boleh berisi ais batu) untuk membuatkan pewarna kuku kamu kering dengan pantas.

5. Minyak zaitun boleh digunakan sebagai pengganti jika pembersih solekan kamu sudah habis. Titiskan pada tangan dan gosok pada muka atau titiskan pada kapas dan bersihkan wajah dengannya.

6. Jika selalunya kamu menyapu secara berasingan, kamu boleh cuba mencampurkan krim pelembap bersama bedak asas cecair. Ia akan membuatkan sapuan lebih rata memandangkan kanvas wajah dilembap sempurna.

7. Biarkan pemerah pipi kamu tahan lama dengan menyapu pemerah pipi tekstur krim pada wajah yang baru disapu bedak asas (sebelum bedak asas diserap kulit sepenuhnya). Kemudian, lapiskan bedak asas dan pemerah pipi tadi dengan bedak tabur jenis translucent.

8. Rambut kamu akan lembap secara semula jadi jika kamu cuba pupur rambut buatan sendiri dengan mencampurkan avokado bersama minyak zaitun. Campur dan kacau kemudian sapukan pada rambut. Biarkan 15 minit sebelum dicuci bersih dengan air.

9. Jika kamu mahukan bibir tampak penuh dan sedikit tebal, sapukan sedikit minyak kayu manis pada bibir. Trik ini dibaca dalam satu majalah kecantikan antarabangsa satu ketika dulu. Mungkin ini masanya untuk kita mencubanya?

10. Nak bulu mata kelihatan tebal? Selepas menyapu satu lapis maskara, sapukan bedak bayi menggunakan putik kapas pada helaian bulu mata. Kemudian, sapu kembali maskara dan kamu akan perasan bulu mata kamu kelihatan lebih tebal.

Sumber: eh.com.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen