Sesuatu yang lain perlu dikorbankan apabila wang menjadi fokus utama anda berkerja. Tekanan untuk memenuhi kehendak karier yang penuh dengan persaingan kini menjadi alasan manusia sanggup untuk bersusah payah. Apabila kesihatan tidak lagi diberi perhatian, ia akan menyebabkan pelbagai penyakit dan stres kronik yang adakalanya mengakibatkan kematian.

Sikap terlalu fokus dan obses terhadap kerja akan menyebabkan seseorang individu itu mengalami ketidakseimbangan dalam hidupnya. Berikut adalah akibat daripada tekanan kerja yang banyak.

Nutrisi badan tidak seimbang 

Apabila anda terlebih bekerja, badan anda akan menjadi terlampau penat. Ini menyebabkan anda bergantung kepada kopi untuk kekal bertenaga dan lebih cenderung memilih makanan yang tidak sihat kerana kekangan masa yang ada. Bila dah penat, nak bersenam pun tiada masa.

Kurang tidur 

Orang dewasa memerlukan tidur yang mencukupi iaitu antara 7 hingga 8 jam sehari bagi membekalkan tenaga pada keesokan harinya. Otak akan menjadi lembap dalam memberi tindakbalas dan berfikir akibat daripada kurang tidur.

Tidak gembira 

Anda akan tiada masa untuk diri sendiri apatah lagi orang sekeliling apabila anda asyik dengan kertas kerja dan perbincangan berjam-jam lamanya. Kuranglah komunikasi untuk menyemai hubungan baik bersama keluarga. Malah, anda akan mudah menjadi berang dan tidak mensyukuri nikmat hidup. Sekaligus menambahkan beban stress yang ada.

Penambah tenaga 

Anda terdorong untuk meminum minuman tenaga apabila mula berasa tidak fokus, mengantuk dan letih. Minuman tenaga mengandungi bahan tambahan dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan toksik pada hati, gangguan sistem saraf, tekanan darah rendah serta penyakit mental.

Penyakit 

35% daripada kes stres kerja mengakibatkan penyakit mental menurut World Health Organization (WHO). Mereka yang mengalami kemurungan yang berpanjangan akibat panik dan kerisauan sepanjang masa. Bagi mereka yang bekerja melebihi 10 jam setiap hari mempunyai 60% peluang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung.

Sumber: eh.com.my

 

Komen dgn Fesbuk

komen