Kadang-kadang ketika berdiet, kita akan mengidam dan teringin macam-macam jenis snek. Jika anda suka makan dan inginkan snek sihat, ratah sahaja.

Sebiji tomato bersaiz sederhana (kira-kira 123 gram) dapat membekalkan 22 kalori, 0 gram lemak, 5 gram karbohidrat (1 gram serat dan 3 gram gula) serta 1 gram protein.

Tomato memberikan sumber terbaik untuk vitamin A dan asid folik. Antara nutrien dan antioksidan yang ada pada tomato termasuklah asid alfa lipoik, lycopene, choline, asid folik, beta karoten dan lutein.

Fungsi asid alfa lipoik adalah membantu tubuh menukarkan glukos kepada tenaga. Asid ini juga bagus membantu glukos darah.

Warna merah pada tomato adalah daripada lycopene iaitu antioksidan yang berada dalam tomato. Tomato mengandungi kira-kira 80 peratus lycopene.

Nutrisi terbaik yang ada pada tomato adalah choline. Choline membantu untuk tidur, pengerakan otot, belajar dan memori. Choline membantu mengekalkan struktur membran selular.

Jus Tomato (100gm = 17 kalori) 

Pekatan Tomato (1/2 cawan = 110 kalori) 

Salsa Tomato (1 cawan = 14 kalori) 

Salad Tomato (1 cawan = 12 kalori) 

Tomato Bakar (1 hidangan = 28.9 kalori) 

Sos Tomato (100gm = 42 kalori) 

Sup Tomato (100gm = 30 kalori) 

Tomato Kering (100gm = 258 kalori) 

 

Sumber: rapi.karangkraf.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen