Ramai di antara kita yang menjadikan minuman tenaga sebagai penambah kecergasan tubuh dan di ambil sebelum atau selepas bersenam dan bersukan.

Apa kelebihan meminum minuman tenaga ini dan kenapa ia popular di kalangan remaja dan orang dewasa?

1. Meningkatkan tenaga 

Sangat jelas manfaat minuman tenaga iaitu mendorang peningkatan tenaga. Dalam beberapa minit, minuman ini amat berkesan untuk tubuh dan dapat meningkatkan tenaga.

2. Mengurangkan keletihan

Minuman ini juga mampu merangsang tubuh dan menyegarkan fikiran. Sekiranya anda tidak cukup tidur, ini adalah pilihan terbaik.

3. Meningkatkan tumpuan 

Ia mengandungi pelbagai Vitamin B khusunya Vitamin B12. Ia dapat meningkatkan tumpuan dan keseluruhan fungsi.

4. Meningkatkan prestasi 

Minuman ini berkesan meningkatkan prestasi fizikal dan diakui oleh para ahli sukan.

5. Minum tambahan (suplemen) 

Minuman tenaga mengandungi banyak vitamin, mineral dan herba bagi meningkatkan pola pemakanan yang sihat.

6. Meningkatkan saingan 

Mengambil minuman tenaga adalah cara terbaik untuk meningkatkan daya saing ketika bersenam atau bersukan.

7. Mengurangkan kelesuan

Minuman tenaga memberi kesan kepada produktiviti kerja daripada keletihan fizikal dan mental. Sesuai buat mereka yang terpaksa kerja sehingga lewat malam.

8. Meningkatkan metabolisme 

Walaupun ada beberapa minuman tenaga mengandungi kadar gula dan kalori yang tinggi, ada juga yang mengandungi kadar gula dan kalori yang rendah. Ia akan membantu meningkatkan metabolisme dalam badan dan membantu anda dalam merencanakan diet yang lebih sihat.

Sumber: maskulin.karangkraf.com

Komen dgn Fesbuk

komen