Pengambilan sarapan amat penting setiap pagi bagi membekalkan tenaga sepanjang hari. Namun, masih ada yang mengabaikannya dengan alasan tidak cukup masa untuk menyediakannya. Lebih-lebih lagi remaja kerana mereka yang tinggal menyewa dan perlu berkejar ke kuliah atau tempat kerja.

Tidak perlulah menyediakan hidangan berat,  hanya sekadar menu ringkas sahaja. Berikut adalah lima menu ringkas buat alas perut anda. Selamat mencuba!

1. TELUR 

Pilihan tepat pada mereka yang malas untuk menyediakan hidangan sarapan. Memandai jika anda merebus dua biji telur dan makan begitu sahaja. Bukan sahaja ringkas dan berkhasiat, malah ini salah satu menu diet tau.

2. JUS BUAH 

Jika anda tidak mempunyai selera makan, mengisi perut dengan jus buah adalah cara yang cepat dan mudah.

3. ROTI DAN SUSU

Roti dan susu mungkin sinonim dengan menu sarapan di Barat tetapi tidak salah jika sesekali mencubanya. Susu pula memang berkhasiat dan boleh mengelakkan osteoporosis dengan meminum segelas setiap hari. Roti pula boleh dimakan begitu sahaja, disapu dengan mentega atau dibakar mengikut selera masing-masing.

4. OAT 

Oat merupakan hidangan popular di kalangan mereka yang sedang berdiet. Cara hidangannya juga cukup mudah iaitu dengan menambah air panas dan selepas digaul ianya siap untuk dimakan. Tambah selera anda dengan menambah potongan buah-buahan seperti strawberi dan pisang.

5. SANDIWC

Sandiwc adalah lebih elok berbanding nasi lemak di waktu pagi. Jenis sandwic tertakluk kepada selera anda dengan meletak telur,  sardin, salad atau tomato. Jika rajin, buatlah dalam kuantiti yang lebih untuk dijadikan bekal ke kuliah atau tempat kerja.

Sumber: Harian Metro (3 Mac) & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen