Antara herba paling menyihatkan adalah biji chia. Biji chia mengandungi nutrien seperti zink, vitamin B3 (niasin), kalium, vitamin B1 (tiamina) dan vitamin B2 yang mampu mengurangkan paras kolestrol dalam badan serta mengawal berat badan. Biji chi ada yang berwarna hitam dan putih, namum khasiat kedua-duanya sama sahaja. Walaupun berasal daripada keluarga tumbuhan yang sama, tetapi dia ditanam di tempat berlainan.

Biji chia boleh dimakan mentah kerana memiliki rasa seperti kekacang sedap. Biji chia bukan sahaja boleh direndam dalam jus buah ataupun air kosong, malah sesuai juga dicampurkan dalam bubur atau puding. Biji chia juga dijadikan bahan tambahan dalam roti, kek dan biskut. Jumlah yang dicadangkan ialah 20 gram setiap kali hidangan. Antara kesan amalan pengambilan biji chia adalah:

1. Antikeradangan 

Biji chia merupakan biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak omega 3. Biji chia dapat mengubati pelbagai gangguan kesihatan seperti melawan radikal bebas, mengurangkan keradangan dan menurunkan kolestrol. Ini adalah fungsi salah satu sumber tumbuhan terkaya daripada omega 3 dan asid alpha linolenic.

2. Kaya mineral 

Biji Chia kaya dengan kalsium, magnesium dan fosforus. Kesemua mineral ini penting untuk menjalankan fungsi tubuh bagi menentang tekanan darah tinggi. Malah ia juga memberikan tenagag yang cukup untuk proses metabolisme.

3. Kaya serat

Biji chia merupakan sumber serat makanan yang sangat baik. Serat membantu mengurangkan kolestrol dan sembelit. Hanya dua sudu makan biji chia memberikan lebih satu pertiga pengambilan serat harian yang diperlukan.

4. Bersifat antioksidan 

Kandungan antioksidan dalam biji chia akan menbantu melindungi tubuh daripada pigmentasi, sel karsinogenik dan melambatkan penuaan.

5. Mengawal kadar gula darah 

Masalah kesihatan utama masa kini adalah peningkatan kadar gula dalam darah. Salah satu manfaat biji chia adalah mengawal kadar gula darah dalam badan. Biji chia jug akan membantu mengurangkan rintangan insulin dalam tubuh.

Sumber: Harian Metro (27 Feb) & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen