Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, penjagaan pemakanan selepas pembedahan atau kebakaran adalah penting. Luka akan lebih mudah terdedah kepada jangkitan sekiranya pemakan tidak dijaga dengan betul dan ini akan melambatkan proses penyembuhan.

Pesakit perlu mengambil tahu tentang rawatan, proses penyembuhan dan pemakan yang sesuaai untuk menyembuhkan luka. Berikut adalah beberapa mitos jenis makanan yang sering dikaitkan dengan penyembuhan luka.

MITOS 1: Pengambilan ikan haruan dan belut amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Fakta: Ya, memang betul protein amat penting untuk penyembuhan luka. Ikan haruan dan belut adalah sumber protein sama seperti ikan lain. Antara sumber protein yang lain adalah ayam, daging dan kekacang. Jangan hadkan kepada sesetengah jenis ikan sahaja. Jika anda merupakan seorang vegetarian, pastikan makanan anda cukup sumber makanan jenis kacang, kekecanag seperti tauhu dan tempe serta susu setiap hari.

MITOS 2: Elakkan mengambil telur kerana telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuh.

Fakta: Tiada kajian yang menunjukkan telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah atau lambat sembuh. Telur sebenarnya kaya dengan protein, vitamin dan mineral. Elak makan telur jika anda alah kepadanya.

MITOS 3: Elakkan daging ayam betina selepas pembedahan.

Fakta: Daging ayam adalah sumber protein untuk badan,. Jadi, tidak salah untuk mengambilnya selepas pembedahan supaya luka cepat sembuh.

MITOS 4: Luka cepat sembuh jika minum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka.

Fakta: Tiada kajian yang membuktikan mitos ini. Kebanyakan pati ayam atau ikan haruan tidak digalakkan pengambilannya setiap hari kerana kandungan garam yang tinggi di dalamnya. Pesakit tekanan darah tinggi harus elakkan daripada mengambil makanan ini.

MITOS 5: Buahan dan sayuran tidak digalakkan ambil selepas pembedahan kerana dikhuatiri elemen sejuk akan melambatkan proses penyembuhan luka.

Fakta: Buahan dan sayuran adalah makanan yang mengandungi vitamin serta garam mineral yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Buahan yang mengandungi vitamin C seperti buah limau, jambu batu dan kiwi akan membantu menyerap zat besi ke dalam badan. Sayuran pula kaya dengan vitamin K yang membantu proses pembekuan darah.

 

Sumber: Harian Metro (20 Mac) & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen