Apabila proses penyediaan makanan bersih, makanan sihat akan terhasil. Jadi, jangan terlepas pandang dalam penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan. Ia mestilah bersih, sempurna dan tepat bagi memastikan makanan yang disedikan terpelihara kandungan nutrisinya dan pencemaran dapat dihindarkan.
PISAU TAJAM
Pastikan pisau dapur sentiasa tajam. Menggunakan pisau yang tumpul boleh menyebabkan bahan makanan hilang sarinya. Pisau seramik mampu tahan lama, tidak perlu diasah lama dan ringan.
PAPAN PEMOTONG
Anda harus memilik tiga papan pemotong. Papan pemotong untuk sayuran dan buahan, papan pemotong untuk daging atau ikan dan papan pemotong untuk kuih-muih dan roti. Ini boleh mengelakkan pencemaran bakteria daripada berlaku. Papan pemotong yang diperbuat daripa kayu merupakan pilihan yang sesuai dan tepat.
KUALI/PERIUK TIDAK LEKAT
Ketika menggunakan kuali ini, ia dapat membantu anda mengawal penggunaan minyak. Ada kalanya, anda tidak langsung perlukan penggunaan minyak untuk menggunakan peralatan ini.
PENGISAR
Pengisar merupakan peralatan wajib dalam penyediaan makanan. Pengisar perlu dibersihkan dengan berus khusus bagi mencapai segala kekotoran yang mahu dibersihkan. Kemudian, keringkan dengan sempurna.
BEKAS MAKANAN
Bekas makanan kaca atau plastik yang bebas BPA penting untuk anda memastikan penyimpanan makanan dalam keadaan baik. Segeralah mencuci bekas makanan bagi mengelakan bau dan sisa makanan yang berminyak kekal pada bekas tersebut.
Sumber: Sinar Harian (19 Feb) & Google (gambar)