Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Jadi, tidak hairanlah wanita sanggup berbelanja besar untuk merawat rambut agar sentiasa sihat dan bersinar. Tapi, tahukah anda melalui makanan juga kita boleh dapatkan rambut yang sihat? Ini antara makanan yang membantu menyihatkan rambut anda.

1. Salmon 

Salmon, sardin dan ikan kembung mempunyai lemak Omega-3 yang tinggi. Oleh kerana badan selalu menghasilkan lemak yang tidak sihat, anda perlu mendapatkan lemak baik daripada makanan atau suplemen. Lemak sihat mampu membantu melindungi diri daripada penyakit dan menjaga kesihatan kulit kepala.

2. Sayur Hijau

Vitamin A, C, zat besi, folat dan beta karoten yang terkandung dalam sayuran hijau dapat merawat kulit kepala menjadi lebih sihat. Ia juga dapat mengatasi rambut mudah patah dan rapuh.

3. Kayu Manis

Taburkan ratusan rempah kayu manis ini dalam empingan oat, roti atau kopi. Kayu manis dapat membantu dalam pengaliran darah dan penghantaran oksigen serta nutrien ke folikel rambut.

4. Jambu Batu 

Vitamin C yang terkandung dalam buah tropika ini dapat melindungi rambut daripada keguguran. Secawan jus jambu batu mempunyai 377mg vitamin C iaitu empat kali lebih daripada jumlah yang diperlukan oleh badan setiap hari.

5. Tiram 

Tiran terkandung kadar zink yang tinggi. Jika badan kamu kekurangan mineral, rambut dan bulu mata akan mudah gugur. Sel yang membina rambut bergantung kepada zink. Mineral dalam daging, lebu, ketam dan udang karang juga turut membantu mengelakkan keguguran rambut.

6. Yogurt 

Kandungan protein dan nutrien yang tinggi di dalam yogurt akan membantu pengaliran darah ke kulit kepala dan pertumbuhan rambut. Malah, vitamin B5 yang terkandung di dalamnya juga membantu melawan masalah keguguran dan penipisan rambut.

7. Bijirin

Keguguran rambut disebabkan oleh kekurangan zat besi. Zat besi boleh didapati di dalam bijirin, pasta, kacang soya dan kacang merah. Malah, kerang, sayuran hijau, daging lebu dan hati juga mengandungi kuantiti zat besi yang tinggi.

 

Sumber: Kosmo (24 Feb) & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen