Tahukah anda bahawa seseorang individu boleh kentut sehingga 20 kali sehari. Nak mengaku atau tidak, tiada siapa yang boleh mengelakkan proses semulajadi ‘membuang angin’ ini. Tetapi, jika anda terlalu kerap kentut lebih daripada itu, mungkin ini merupakan antara faktor-faktornya.

1. Makan terlalu laju 

Lebih laju anda makan, lebih banyak udara yang anda telan. Ini kerana setiap kali makan, kita turut menelan udara bersama-sama makanan dan minuman tersebut. Jadi, kebanyakannya akan dikeluarkan kembali apabila anda sendawa, tetapi udara selebihnya itulah yang akan menyebabkan kembung dan menambahkan kekerapan anda buang angin. Dengan mengunyah gula-gula getah, menghisap gula-gula atau minum melalui straw juga memungkinkan anda menelan banyak udara.

2. Terlalu banyak mengambil pemanis tiruan 

Pemanis tiruan mengandungi nilai kalori yang kurang berbanding gula biasa. Walaubagaimanapun, sistem badan manusia tidak boleh bertoleransi dengan pemanis tiruan seperti sorbitol, mannitol dan sorbito. Malah, gas dan perut kembung juga disebabkan alkohol gula yang terkandung dalam pemanis tiruan.

3. Menghidap Irritable Bowel Syndrome (IBS) 

IBS merupakan sindrom kronik yang menyerang usus besar. Bagi sesetengah penghidap IBS, apabila koordinasi pengecutan otot yang menggerakkan makanan dari perut ke rektum menjadi lebih kuat atau lama, ia akan menyebabkan gas, kembung perut dan cirit-birit. Atau apabila pengecutan otot menjadi semakin lemah, ia akan melambatkan proses pergerakan makanan sehingga menyebabkan sembelit.

4. Tidak toleran terhadap laktosa 

Ada sesetengah daripada kita yang tidak boleh menghadam produk tenusu seperti keju, yogurt dan susu dengan baik. Laktosa – gula yang terkandung si dalam susu – perlu diuraikan oleh enzim laktase yang dihasilkan oleh usus kecil. Laktosa yang tidak dapat dihadam kerana kekurangan enzim laktase akan terus masuk ke kolon lalu diuraikan leh bakteria; maka bermulalah masalah gas. Intoleransi laktosa merupakan perkara biasa yang biasanya bermula di peringkat dewasa, apabila penghasilan enzim laktase turun mendadak.

5. Hidangan berkarbohidrat

Tentunya diet yang mengandungi banyak karbohidrat dan fiber seperti kekacang, tauge, kubis atau bunga kubis mempunyai banyak kebaikan untuk sistem penghadaman, mengatur kadar gula dan kolestrol dalam darah serta mengawal berat badan. Tetapi disebabkan perut dan usus kecil tidak dapat menyerap kesemua karbohidrat (gula, kanji, fiber) ini, anda akan kentut selepas makan. Brokoli dan kekacang, makanan yang dikatakan ‘berangin’ pula sebenarnya tinggi kandungan raffinose (sejenis karbohidrat) yang tidak dapat dihadamkan oleh badan. Ia akan diuraikan oleh bakteria di dalam kolon, dan menghasilkan gas sebagai produk sampingan.

 

Sumber: maskulin.karangkraf.com & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen