Sebagai ibu bapa, jangan mudah melabelkan anak anda mengalami Autisme hanya kerana beberapa tanda autistik yang ditunjukkan mereka. Dapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya kerana ada kemungkinan kanak-kanak tidak boleh bertutur walaupun usia mereka sudah menjangkau tiga tahun.

Setelah doktor mengenal pasti anak anda tidak pekak, anak anda akan dirujuk kepada pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan pemantauan sama ada mereka benar-benar menghidapi Autisme sebelum diberikan rawatan sewajarnya.

Sekiranya anak anda disahkan menghidapi autisme, ini adalah langkah bagaimana ingin menjaga dan mendidik mereka.

  1. Kanak-kanak Autisme memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care. Langkah ini harus dilakukan secara berterusan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana anak-anak tidak menghiraukan dan tidak merasa kewujudan orang-orang disekelilingnya. Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak merenung dan menyentuh si kecil autistik ini kerana akan menyebabkan mereka stress.
  2. Banyakkan gunakan bahan wujud secara langsung atau alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah untuk menterjemahkan bahan tersebut. Ibu bapa perlu memberikan kemahiran sosial kepada anak-anak autistik seperti teknik berkumpulan, bercerita dan sebagainya. Sediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang bagi meredakan gejala austime. Berikan mereka peluang untuk merasa apa jua yang ada dipersekitaran mereka.
  3. Adalah penting untuk ibu bapa peka dan mengesan awal gangguan tingkah laku anak-anak. Ini kerana masalah tiada penawar ini akan berkekalan sehingga mereka meningkat usia. Latih mereka untuk menguruskan diri sendiri adalah langkah bijak sebagai persediaan menempuh alam dewasa. Jangan malu memiliki anak istimewa ini kerana anak adalah anugerah yang tidak ternilai harganya.
  4. Daftarkan mereka ke sekolah khas bagi membantu mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup kelak.

Sumber: siraplimau.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen