Perasan tak, sekiranya anda tidak cukup tidur mata akan nampak lesu dan kurang bermaya? Malah, kadang kala muncul pulak tompok hitam di bawah mata. Kita akan nampak lebih tua daripada umur sebenar sekiranya tidak dapat rehat yang secukupnya.

Antara cara bagi merawat mata yang biasa kita lihat di internet adalah meletakkan uncang teh selama 15 minit ataupun letakkan hirisan timun ke atas dua-dua mata. Biarkan seketika dan anda akan merasakan letih itu semakin berkurangan. Mata akan kelihatan lebih segar dan bermaya. Lakukannya setiap minggu sekurang-kurang dua kali seminggu bagi menjadikan mata lebih sihat. Apa cara lain yang boleh diamalkan bagi menjaga kesihatan mata?

1. Jarakkan diri sekurang-kurangnya dua meter dari televisyen apabila menonton untuk mengelakkan sinaran ultraungu dari kaca televisyen yang boleh merosakkan mata anda.

2. Apabila menggunakan komputer atau membaca tanpa rehat, mata akan menjadi letih dan menyebabkan sakit kepala atau mata berair.

3. Rehatkan mata dengan mengalihkan pandangan daripada skrin selama 20 saat setiap 20 minit dan kerlipkan mata anda bagi mengelakkan mata menjadi kering dan tidak selesa.

4. Jika menggunakan komputer, jarakkan diri anda sekurang-kurangnya 50 sentimeter dari skrin untuk kekal selesa.

5. Apabila membaca, jarakkan buku dan mata pada jarak 30 hingga 40 sentimeter. Jangan biasakan membaca sambil berbaring dan seelokknya belajarlah di tempat yang mempunyai cahaya yang cukup. Elakkan daripada mata terkena cahaya silau ataupun keadaan yang malap.

6. Untuk merehatkan mata, tutup mata sambil membayangkan sesuatu yang menenangkan. Buka mata dengan perlahan-lahan dan lihat objek hijau sejauh 20 kaki. Kemudia, tukar fokus anda kepada objek yang lebih dekat untuk 10 hingga 15 saat berselang-seli. Lakukan sebanyak 10 kali.

7. Gunakan cermina mata jika perlu untuk melihat dengan lebih jelas atau menggantikannya dengan kanta lekap. Pastikan tangan anda kering tiap kali ingin menyentuh kanta lekap.

8. Jangan selalu menggosok mata terutamanya ketika tangan anda sedang kotor. Sentuh mata setelah anda membersihkan tangan anda sebersih-bersihnya.

9. Gunakan produk cecair penitis mata sekali-sekala bagi mengembalikan kesegaran dan kesihatan mata. Namun, dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai alahan.

10. Tidur 8 jam sehari. Ini penting! Pastikan anda berehat daripada menggunakan komputer atau tablet pada waktu malam kerana mata anda sudah terlalu penat bekerja pada waktu siang.

 

Sumber: Harian Metro (3 April) & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen